Perutusan Pengarah Kolej KEDA

PERUTUSAN PENGARAH

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Kolej KEDA ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi istitusi ini.

Kolej KEDA merupakan Institusi Awam (hak milik penuh Kerajaan) di bawah agensi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dinaungi oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Merupakan Institusi yang menawarkan kemudahan latihan kemahiran (TVET) yang berteraskan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dan juga persijilan dari Suruhanjaya Tenaga (ST) serta kursus-kursus komersial jangka pendek.

Sehubungan itu, saya berharap fokus utama ini dapat menolong bakal-bakal pelajar dan bekas pelajar (ALUMNI) serta orang awam memahami peranan dan tanggungjawab Kolej KEDA yang berusaha memberi kemudahan latihan berkualiti kepada belia dan masyarakat berkaitan TVET.

Sekian, terima kasih kerana melayari laman web KEDA.

“MENSEJAHTERAKAN LUAR BANDAR”

“KEMAHIRAN MEMBINA KECEMERLANGAN”

CHE RIDZUAN BIN MOHAMAD ISA

Pengarah Kolej KEDA