kursus Teknologi Elektrik

 

KETERANGAN KURSUS
Memasang, mengendali dan menguji pemasangan pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa. Mencari, mengesan dan merawat kerosakan sistem pemasangan pendawaian dan peralatan elektrik. Menyambung, mengawal dan membaikpulih sistem kawalan motor dan penjana elektrik.
 

PENTAULIAHAN
 Kursus Teknologi Elektrik di Kolej KEDA telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Sijl Kemahiran Malaysia (SKM)

  • EE-320-2:2012 PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK SATU FASA (Tahap 2)
  • EE-320-3:2012 PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK TIGA FASA (Tahap 3)

Pegiktirafan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST)

  • SIJIL KEKOMPETENAN PENDAWAI SATU FASA & ENDORSAN (PW2)
  • SIJIL KEKOMPETENAN PENDAWAI TIGA FASA & ENDORSAN (PW4)

 

SKIM LATIHAN

Kursus sepenuh masa 2 tahun dimana:

  • 18 bulan di Kolej KEDA
  • 6 bulan menjalani latihan industri (LI)


PEMGAMBILAN

  • Para belia lepasan SPM / tamat tingkatan 5. Lulus Matematik dan Bahasa Melayu.
  • Pengambilan pada bulan Julai setiap tahun.
  • Kuantiti 15 – 30 orang pelajar