kursus Teknologi Motosikal

 

   

 

KETERANGAN KURSUS
 Penekanan modul teori dan amali selaras dengan teknologi terkini industri permotoran, memberi pendedahan secara praktikal dalam menyelenggara, merombak, memeriksa pemasangan engine (engine over haul), kaedah pemeriksaan dan pengesanan masalah secara amali dan diagnostik (Diagroseol electronic system) selari dengan perubahan teknologi permotoran di pasaran.

PENTAULIAHAN
 Kursus Teknologi Motosikal di Kolej KEDA telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • TP-118-1:2012 MOTORCYCLE SERVICING & MAINTENANCE (Tahap 1)
  • TP-118-2:2012 MOTORCYCLE SERVICING & MAINTENANCE (Tahap 2)
  • TP-118-3:2012 MOTORCYCLE SERVICING & MAINTENANCE (Tahap 3)

SKIM LATIHAN

Kursus dilaksanakan sepenuh masa selama 2 tahun untuk tahap 1 sehingga tahap 3 termasuk 3 bulan mejalani lathan industri (LI)

KELAYAKAN

Peserta yang berminat untuk megikuti program ini mestilah:

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki sijil sekurang-kurangnya UPSR
  • Sihat mental & fizikal
  • Keolehan 3M (Membaca, Menulis, Mengira)

KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

Kolej KEDA menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar dengan PERCUMA termasuk

  • Kelas teori berhawa dingin
  • Pelbagai alat bantuan mengajar
  • Mesin-mesin canggih dan moden
  • Kelengkapan latihan amali
  • Kelengkapan peralatan dan bahan kursus
  • Kelengkapan keselamatan

PENGAMBILAN

Pengambilan untuk kemasukan adalah pada bulan Januari & Julai setiap tahun