Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ KEDA

Pusat Latihan KEDA (Kini Kolej KEDA) telah ditubuhkan hasil pembiayaan Bank Pembangunan Asia (ADB) dan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Program Pembangunan di KEDA meliputi komponen pertanian, pembangunan bandar/wilayah, perindustrian, perniagaan dan tenaga manusia. Justeru, pusat ini berperanan melaksanakan program latihan yang inovatif kepada kumpulan sasar dalam melengkapkan dan membantu usaha KEDA demi memastikan kejayaan program pembangunan dan perbandaran.

Mula dibina dalam tahun 1986 (Rancangan Malaysia Ke-4) dan beroperasi pada bulan Mac 1989 dengan nama Pusat Latihan KEDA (PUSTIKA) dan di jenamakan dengan nama Kolej KEDA pada tahun 2012. Program latihan bermula dalam bidang anyaman berasaskan buluh, bertam dan mengkuang. Latihan ini dikembangkan dalam bidang pertukangan dan pembinaan bagi memberi peluang kepada peserta menjana ekonomi melalui bidang pembinaan dalam Program Pembangunan Kampung Tradisional dan Program KESBAN.

Sepanjang penubuhan, Kolej KEDA telah ditadbir oleh 9 orang Pengetua iaitu bermula pada awal penubuhannya melalui pentadbiran En. Mohd Kameh Bin Abdullah (1989-1996). Seterusnya Pengetua Ke-2 adalah Tn. Hj. Arifuddin Bin habib (1996-2003), Ke-3 adalah Tn. Hj. Marzuki Bin Md Zin (2003-2006), Ke-4 adalah En. Zulkifley Bin Yahya (2006-2008), Ke-5 adalah En. Nain Bin Abdullah (2008-2011), Ke-6 adalah Tn. Hj. Ahmad Shukri Bin Jusoh (2011-2016) Pengetua Ke-7 adalah Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Abdul Khalek (2016-2020) Pengarah Kolej KEDA ke-8, Tn. Haji Abd Aziz bin Salleh (2020-2021) dan Pengarah Kolej KEDA sekarang, En. Che Ridzuan bin Mohamad Isa (2021 hingga sekarang) 

Kolej KEDA kini telah menjalankan program Sijil Kemahiran Malaysia dengan menawarkan 7 Bidang Kemahiran iaitu Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Motosikal, Teknologi Makanan, Teknologi Fabrik Lelaki dan Wanita, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dan Teknologi Automotif. Program-program ini telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dibawah Kementerian Sumber Manusia.

mx player for pc

 

mx player for pc