PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami di Kolej KEDA berazam untuk menjadi Institut Kemahiran yang unggul dalam melahirkan tenaga mahir yang diperlukan oleh negara. Dengan itu kami berjanji :

  1. Akan menyedia dan mengendali program latihan kemahiran yang berkualiti selari dengan keperluan negara dan perkembangan teknologi mengikut NOSS yang dikeluarkan oleh JPK.
  2. Mengiklankan maklumat permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh tiga bulan sebelum proses pengambilan.
    • Akan memastikan semua proses pengambilan pelajar disempurnakan dalam tempoh dua bulan dari tarikh iklan ditutup.
    • Akan memastikan maklumbalas permohonan kemasukan pelajar ke Kolej KEDA diberi dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh temuduga
    • Akan menjalankan proses pengambilan pelajar mengikut masa yang ditetapkan
    • Memastikan maklumbalas permohonan peserta kursus jangka pendek dimaklumkan dalam tempoh dua minggu sebelum kursus dilaksanakan.
  3. Akan memastikan pelajar diberi latihan dalam tempoh yang ditetapkan oleh JPK :
    • Tahap 1 : 6 bulan
    • Tahap 2: 6 bulan
    • Tahap 3: 6 bulan
  4. Akan menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan, cekap, komited, berketerampilan serta diiktiraf.
  5. Akan memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelajar melibatkan kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar Kolej KEDA.
  6. Akan memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam tempoh tujuh hari bekerja.

Dalam melaksanakan tanggungjawab yang menjadi amanah Kolej KEDA,

khidmat yang cekap, masa dan berintegriti menjadi pegangan kami.