KURSUS TEKNOLOGI FABRIK WANITA

KURSUS TEKNOLOGI FABRIK WANITA


KETERANGAN KURSUS

  • Program ini dibangunkan untuk membantu pelajar yang berminat dalam bidang pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Program ini merupakan platform penyediaan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor Teknologi Fabrik. Di samping itu juga, program ini membantu menghasil dan mengilap kapakaran tertinggi dalam merebut peluang pekerjaan dan kerjaya kelak.

 

  •  Pelajar diberi pendedahan tentang dunia fesyen Wanita, teknik-teknik mengukur, memotong dan menjahit aneka fabrik dan pakaian menggunakan pelbagai jenis mesin dan peralatan jahitan terkini.

PENTAULIAHAN

Kursus Teknologi Fabrik Wanita di Kolej KEDA telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • C141-005-2:2021 PEMBUAT PAKAIAN WANITA (TAHAP2)
  • C241-005-3:2021 PEMBUAT PAKAIAN WANITA (TAHAP 3)

 

SYARAT KEMASUKAN

Peserta yang ingin mengikuti kursus ini mestilah;

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera
  • Berumur 17 – 25 tahun
  • Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin
  • Sihat mental dan fizikal
  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf
  • Lulus bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Atau

  • Tamat Tingkatan 5
  • Lepasan Tahfiz/Pondok

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan program Teknologi Fabrik dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-

  • Industri Fabrik

Graduan berupaya berkerja sebagai personal Fabrik sebagai :-

  1. Pereka Fesyen
  2. Perunding Emej
  3. Pengusaha Butik/ Usahawan
  4. Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  5. Pegawai Penilai Pusat Bertauliah (Pengajar)
  6. Tukang Jahit
  7. Pembuat Pola
  8. Pembuat Sampel
  9. Pemotong Fabrik
  10. Production Supervesor
  11. Pembantu Wordrobe