KURSUS TEKNOLOGI MAKANAN

KURSUS TEKNOLOGI MAKANAN


 

 

KETERANGAN KURSUS

Struktur kurikulum Teknologi Penyediaan Makanan dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri Pembuatan dan Penyediaan Makanan.

Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri perhotelan yang semakin berkembang pesat.  Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Cooking Technique, Catering Activities, serta subjek umum seperti Mathematic, English, Physic, Islamic Studies dan lain-lain.

 Pendedahan teknik-teknik memasak, memotong dan pelbagai jenis masakan serta kaedah memasak menggunakan pelbagai jenis perkakasan dan peralatan memasak.

 

PENTAULIHAN

Kursus Teknologi Penyediaan Makanan ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu ;

  • Sijil Pembuatan dan Penyediaan Makanan Tahap 2
  • Sijil Pembuatan dan Penyediaan Makanan Tahap 3

Pengambilan

  • 1 tahun sekali

 

 

SYARAT KEMASUKAN

Peserta yang ingin mengikuti kursus ini mestilah;

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera
  • Berumur 17 – 25 tahun
  • Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin
  • Sihat mental dan fizikal
  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf
  • Lulus bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Atau

  • Tamat Tingkatan 5
  • Lepasan Tahfiz/Pondok



PROSPEK KERJAYA

Graduan program teknologi Penyediaan Makanan dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-

  • Industri Penyediaan Makanan

 Graduan berupaya berkerja sebagai personal Penyediaan Makanan sebagai :-

  • Chef di Hotel Terkemuka
  • Pembantu Penyediaan Makanan ( Goverment )
  • Chef Selebriti
  • Usahawan
  • Tenaga pengajar TVET