KURSUS TEKNOLOGI MOTOSIKAL

KURSUS TEKNOLOGI MOTOSIKAL

 


KETERANGAN KURSUS

Program ini dibangunkan untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan dari aspek teknologi yang selari dengan keperluan industri, kemahiran Teknologi Motosikal akan membentuk individu berkebolehan menguasai pasaran keusahawanan dan pekerjaan di industri.

Aspek Latihan dalam bidang Teknologi Motosikal meliputi semua aspek Latihan yang diterapkan oleh pihak industri, bagi melengkapkan kebolehpasaran dan graduan yang berkemahiran tinggi. Pelajar juga akan diberikan pendedahan berkaitan teknologi-teknologi yang terkini dan Latihan teknikal di industri.

 Penekanan modul teori dan amali selaras dengan teknologi terkini industri permotoran, memberi pendedahan secara praktikal dalam menyelenggara, merombak, memeriksa pemasangan engine (engine over haul), kaedah pemeriksaan dan pengesanan masalah secara amali dan diagnostik (Diagroseol electronic system) selari dengan perubahan teknologi permotoran di pasaran.


PENTAULIAHAN

Kursus Teknologi Motosikal ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu;

  • TP-118-1:2012 MOTORCYCLE SERVICING & MAINTENANCE (Tahap 1)
  • TP-118-2:2012 MOTORCYCLE SERVICING & MAINTENANCE (Tahap 2)
  • TP-118-3:2012 MOTORCYCLE SERVICING & MAINTENANCE (Tahap 3)

Pengambilan

  • 1 tahun sekali

Skim Latihan

  • Kursus dilaksanakan sepenuh masa selama 2 tahun untuk tahap 1 sehingga tahap 3 termasuk 3 bulan mejalani lathan industri (LI)

 

SYARAT KEMASUKAN

Peserta yang ingin mengikuti kursus ini mestilah;

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera
  • Berumur 17 – 25 tahun
  • Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin
  • Sihat mental dan fizikal
  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf
  • Lulus bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Atau

  • Tamat Tingkatan 5
  • Lepasan Tahfiz/Pondok

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan program Teknologi Motosikal dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-

  • Industri Motosikal

 Graduan berupaya berkerja sebagai personal motosikal sebagai :-

  1. Usahawan Pusat Servis dan Jualan
  2. Usahawan Dyno Motosikal
  3. Penyelia Pusat Servis
  4. Penyelia Pemasangan Motosikal Industri
  5. Juruteknik (Tuner) Motosikal
  6. Juruteknik Motosikal
  7. Juruteknik Kawalan Kualiti (QC) Pemasangan Motosikal Industri
  8. Tenaga Pengajar Teknologi Motosikal
  9. Pembantu Teknik di Jabatan Awam.