PROGRAM TEKNOLOGI PENYAMAN UDARA
KETERANGAN KURSUS
Program Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara diwujudkan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran diperingkat teknologi tinggi bagi pelajar lepasan SPM dan memberi laluan kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini.
Selain menekankan aspek teori atau pengetahuan berkaitan, kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran yang kukuh dalam bidang Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara seperti pengujian dan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, menganalisa dan mereka bentuk susun atur sistem penyamanan udara, menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, mengurus kerja‐kerja binaan berkaitan penyamananan udara, Memasang, mengendali dan menguji pemasangan penyaman udara dan kipas pengudaraan satu fasa dan tiga fasa. Mencari, mengesan dan merawat kerosakan sistem Mengawal dan membaikpulih sistem kawalan penyaman udara dan penjana kipas pengudaraan. disamping mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan
PENTAULIAHAN
Program Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu ;
- F432-007-3:2020 Heating, Ventilation, Air-Conditioning (Hvac) Single Phase Installation And Maintenance- Tahap 3
- ME-020-4 HVAC Design, Installation And Maintenance Management – DKM
Pengambilan
- 1 tahun sekali
Kursus Sepenuh Masa
- Tahap 3 (9 bulan termasuk latihan industri)
- Tahap 4 ( 2 tahun termasuk latihan industri)
SYARAT KEMASUKAN
-
Peserta yang ingin mengikuti kursus ini mestilah;
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera
- Berumur 17 – 25 tahun
- Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin
- Sihat mental dan fizikal
- Lulus SPM/SPMV atau setaraf
- Lulus bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
Atau
- Tamat Tingkatan 5
- Lepasan Tahfiz/Pondok
PROSPEK KERJAYA
Graduan program Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman Udara dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-
- Industri Pembinaan
- Industri Kejuruteraan Mekanikal
- Industri Elektrik dan Elektronik
Graduan berupaya berkerja sebagai personal Penyejukbekuan dan Penyaman Udara sebagai :-
- Juruteknik Pemasangan
- Juruteknik Penyelenggaraan
- Pembantu Jurutera (Kejuruteraan Mekanikal)
- Jurutera (Kejuruteraan Mekanikal)
- Arkitek Seni Bina
- Kontraktor
- Pengajar Vokasional
- Usahawan