TEKNOLOGI FABRIK LELAKI

TEKNOLOGI FABRIK LELAKI

KETERANGAN KURSUS

Program ini dibangunkan untuk membantu pelajar yang berminat dalam bidang pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Program ini merupakan platform penyediaan tenaga kerja mahir terlatih dalam sektor Teknologi Fabrik. Di samping itu juga, program ini membantu menghasil dan mengilap kapakaran tertinggi dalam merebut peluang pekerjaan dan kerjaya kelak.

Program ini juga bermatlamat bagi membantu kerajaan dalam meningkatkan bilangan pekerja mahir dalam bidang Teknologi Fabrik di Malaysia serta untuk mencapai status negara maju. Akhir sekali, ianya dapat menjadi platform kepada pelajar untuk merangka

kejayaan samaada dalam bidang keusahawanan mahu pun sektor pekerjaan peringkat tertinggi.

Pelajar diberi pendedahan tentang dunia fesyen Lelaki, teknik-teknik mengukur, memotong dan menjahit aneka fabrik dan pakaian menggunakan pelbagai jenis mesin dan peralatan jahitan terkini.

 

 

PENTAULIAHAN

Kursus Teknologi Fabrik Lelaki di Kolej KEDA telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • C141-001-2:2017  (Tahap 2)

 

 

SYARAT KEMASUKAN

Peserta yang berminat untuk mengikuti program ini mestilah :

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera
  • Berumur 17 – 25 tahun
  • Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin
  • Sihat mental dan fizikal
  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf
  • Lulus bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Atau

    • Tamat Tingkatan 5
    • Lepasan Tahfiz/Pondok

 

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan program Teknologi Fabrik dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-

  • Industri Fabrik

 Graduan berupaya berkerja sebagai personal Fabrik sebagai :-

Pereka Fesyen

  1. Perunding Emej
  2. Pengusaha Butik/ Usahawan
  3. Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  4. Pegawai Penilai Pusat Bertauliah (Pengajar)
  5. Tukang Jahit
  6. Pembuat Pola
  7. Pembuat Sampel
  8. Pemotong Fabrik
  9. Production Supervesor
  10. Pembantu Wordrobe