PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Struktur kurikulum Teknologi Automotif dibangunkan adalah untuk menyediakan graduan yang mempunyai berkemahiran tinggi dan memenuhi keperluan pasaran industri automotif.

Silibus program ini memfokuskan kepada latihan hands-on bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi dan berkeyakinan tinggi melalui pendekatan yang menyeluruh sebagai persediaan untuk memasuki industri automotif yang semakin berkembang pesat.  Antara subjek teras yang ditawarkan adalah Engine Technology, Chassis System, Advanced Engine System serta subjek umum seperti Mathematic, English, Physic, Islamic Studies dan lain-lain.

Program Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombak rawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa system seperti sistem enjin, sistem auto elektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem pemyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

 

PENTAULIAHAN

Program teknologi automotif ini mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk melaksanakan Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu ;

 

  • PERKHIDMATAN PEMBAIKAN- KENDERAAN RINGAN (Tahap 2) 
  • SERVIS DIAGNOSTIK – KENDERAAN RINGAN (Tahap 3)

Pengambilan

  • 1 tahun sekali

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf
  • Lulus bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
  • Berumur tidak kurang daripada 17 tahun

Atau

  • Tamat Tingkatan 5
  • Lepasan Tahfiz/Pondok

 

PROSPEK KERJAYA

Graduan program teknologi kimpalan dapat menceburi kerjaya dalam sektor seperti :-

  • Industri automotif

Graduan berupaya berkerja sebagai personal automotif sebagai :-

  • Juruteknik Automotif
  • Juruteknik Industri Pemasangan Kenderaan
  • Mekanik Kenderaan
  • Usahawan Automotif
  • Tenaga pengajar TVET